Sunday, November 21, 2010

Membuat Perbandingan Isipadu Cecair


Gambar di atas menunjukkan bagaimana membuat perbandingan isipadu dua cecair. Bahan-bahan pembelajaran yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti ini ialah jug, gelas, bikar dan air. Aktiviti ini dijalankan melalui kaedah simulasi di dalam kelas. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Langkah-langkah aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi membuat perbandingan isipadu antara dua cecair adalah berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Aktiviti pembelajaran ini adalah bersesuaian dengan murid-murid yang berpencapaian rendah supaya mereka dapat memahami konsep isipadu cecair dengan lebih mudah.

Mengukur dan Membaca Nilai Isipadu Bagi Sesuatu Cecair


Pengetahuan tentang kaedah membaca isipadu sesuatu cecair adalah penting bagi memastikan pemahaman yang kukuh tentang isipadu sesuatu cecair. Animasi di atas adalah merupakan salah satu bahan pengajaran yang dapat membantu murid belajar menyukat dan membaca isipadu sesuatu cecair melalui kaedah yang menyeronokkan. Dengan cara ini, murid-murid lebih berminat untuk mengikuti pembelajaran dan seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Animasi ini menerangkan bagaimana bekas air menuangkan air ke dalam silinder supaya menjadi 600ml. Watak kacang di dalam animasi ini membantu pelajar membaca nilai isipadu air yang diisi oleh bekas air sehingga mencapai 600ml. Di dalam aktiviti ini, murid-murid diminta mencatatkan nilai isipadu air setiap kali dituangkan oleh bekas air ke dalam silinder penyukat.Aktiviti ini adalah bersesuaian dengan murid berpencapaian tinggi dan dapat memahami sesuatu  konsep dengan lebih cepat. Selamat mencuba!!!

Saturday, November 20, 2010

Bagaimana Mengukur Isipadu Cecair



Video di atas memaparkan cara/teknik untuk mengukur nilai isipadu sesuatu cecair dengan menggunakan kaedah betul. Alatan yang digunakan ialah silinder penyukat. Pada silinder penyukat terdapat senggatan-senggatan bacaan bagi isipadu cecair yang diukur. Video ini juga menerangkan tentang teknik membaca isipadu sesuatu cecair dengan kaedah yang lebih tepat.